PRK DUN Mahkota: Jentera UMNO berfungsi dengan baik

Iklan
Ahmad (dua, kiri) bersama jentera UMNO ketika ditemui di Taman Pelangi, Kluang.

KLUANG - Jentera UMNO dari bahagian dan negeri angkat yang membantu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota berfungsi dengan begitu baik ketika ini.

Iklan
Iklan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, anggota parti dari bahagian angkat dan negeri angkat dari seluruh negara bersungguh-sungguh melaksanakan tugasan diberikan mengikut kawasan masing-masing di Mahkota.

"25 bahagian angkat dari Johor datang membantu bersama negeri-negeri antaranya dari Wilayah Persekutuan, Perak, Selangor. Mereka ini sudah berkampung selama dua minggu di Mahkota.

Iklan

"Yang datang ini ada kerja-kerja dan tugasan masing, ada yang bantu pemuda pasang bendera, wanita berkempen dan puterinya menelefon pengundi," katanya pada ketika ditemui di Taman Pelangi.

Dalam pada itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Johor berkata, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO turut memainkan peranan sebagai bapa angkat di pusat daerah mengundi (PDM).

Iklan

"Ada 18 PDM kesemuanya,setiap ahli MKT diberikan satu PDM. Bagi kawasan PDM yang besar dijaga oleh dua ahli MKT. Begitu juga dengan exco Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO juga turun membantu.

"Gerak kerja jentera yang cukup bersatu padu dari bahagian, negeri angkat dan bapa angkat ini menjadi kunci kepada UMNO untuk melakar kejayaan kembali memenangi kerusi DUN Mahkota," katanya.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, berbaki seminggu lagi kempen, jentera UMNO akan mempehebatkan gerak kerja.

"Kita akan terus menemui seberapa ramai pengundi di DUN Mahkota. Setakat ini, respon pengundi dan penduduk di Mahkota diberikan cukup baik," katanya.

PRK DUN Mahota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu semasa menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini.

BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, bagi mempertahankan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) yang lepas manakala PN meletakkan bekas pemain bola sepak Johor Mohamad Haizan Jaafar, 61, sebagai calon.

Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.

Hari pengundian akan berlangsung 28 September ini manakala 24 September sebagai hari undi awal.