Lelaki maut tertimbus semasa cari emas

Iklan
Seorang lelaki maut tertimbus dipercayai semasa mencari emas di Kampung Cabang Bijih, Perala, Sokor di Tanah Merah pada Sabtu. Foto JBPM

TANAH MERAH - Seorang lelaki maut tertimbus dipercayai semasa mencari emas di Kampung Cabang Bijih, Perala, Sokor di sini pada Sabtu.

Mangsa merupakan warga tempatan berusia 56 tahun dikatakan tidak pulang ke rumah sejak empat hari lalu.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kemahang, Pegawai Bomba Tertinggi II Disagar Mani Mustafa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada polis pada jam 4.11 petang.

"Setiba di lokasi, anggota bertugas telah melakukan kerja-kerja carian awal di kawasan tersebut yang digenangi air sedalam 0.5 meter," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Iklan

Menurut beliau, pihak bomba terpaksa menggunakan khidmat jengkaut bagi melancarkan kerja-kerja mencari mangsa.

Ujarnya, mayat mangsa kemudian berjaya ditemukan pada jam 5.56 petang.

Iklan

Katanya, mayat diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

"Mengikut maklumat keluarga, mangsa sudah empat hari tidak pulang ke rumah bermula Selasa lalu.

"Semasa dibawa keluar, mayatnya sudah membengkak," katanya.

Menurut beliau, mangsa dipercayai melakukan kerja mencari emas di tebing sungai yang mana struktur tanahnya tidak kukuh.