Harga langganan YouTube Premium naik di Malaysia

Iklan
Harga langganan YouTube Premium naik di Malaysia, kini bermula dari RM12.90 sebulan

YOUTUBE dilapor meningkatkan harga langganan untuk YouTube Premium di Malaysia.

Peningkatan ini dilihat selari dengan peningkatan yang dilakukan oleh YouTube di beberapa buah negara sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Peningkatan harga kali ini turut melibatkan pasaran Singapura.

Iklan
Iklan

Di Malaysia, YouTube Premium pelan individu ditawarkan pada harga RM20.90 sebulan, sementara pelan keluarga pula RM41.90 sebulan untuk dikongsikan bersama lima ahli keluarga.

Sebelum ini, pelan individu ditawarkan pada harga RM17.90 sebulan, sementara pelan keluarga pula pada RM33.90 sebulan.

Iklan

Pelan pelajar juga memperlihatkan peningkatan harga kepada RM12.90 sebulan berbanding RM10.90 sebulan sebelum ini.

Melalui YouTube Premium, para pengguna boleh menikmati akses kepada video tanpa sebarang iklan, kebolehan muat turun dan tonton luar talian, memainkan video pada latar ketika menggunakan aplikasi lain, dan juga akses kepada YouTube Music.

Iklan

Bagi anda yang sedia melanggan YouTube Premium, apakah pendapat anda berkenaan peningkatan harga ini? - Awani-Amanz