Wanita lemas ketika aktiviti menyelam di pulau

Iklan
Seorang wanita ditemukan lemas ketika melakukan aktiviti selam skuba di Pulau Tenggol, di Dungun, pada Sabtu. Gambar hiasan

DUNGUN - Seorang wanita ditemukan lemas ketika melakukan aktiviti penyelaman di Pulau Tenggol, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, mangsa yang berusia 33 tahun berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan.

Iklan
Iklan

"Sebelum kejadian, mangsa bersama 28 penyelam lain melakukan aktiviti selam skuba bersama dua petugas ‘guide diving’ kira-kira jam 9 pagi.

"Namun selepas semua penyelam naik semula ke permukaan air, mangsa didapati tidak timbul dan dua orang petugas itu telah menyelam semula mencari mangsa.

Iklan

Mengulas lanjut, Maizura berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Dungun namun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

"Mayat mangsa telah dibawa ke unit forensik hospital itu untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Iklan