Kes kematian Nidza Afham kekal SDR, tiada unsur jenayah

Iklan
Kes kematian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang mayatnya dijumpai di sekitar Sungai Klang, 14 Ogos lalu, kekal diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

KLANG - Kes kematian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang mayatnya dijumpai di sekitar Sungai Klang, 14 Ogos lalu, kekal diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan pihaknya tidak menemui sebarang unsur jenayah mengenai kes terbabit.

Iklan
Iklan

"Siasatan diklasifikasi mengikut SDR. Kertas siasatan itu akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat.

Mengulas mengenai program itu, kata Hussein, program terbabit merupakan satu inisiatif strategik yang bertujuan menyemai nilai murni seperti kejujuran, ketelusan dan etika dalam kalangan anggota polis serta masyarakat.

Hussein (kiri) bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika program Selangor Police Integrity Half Marathon 2024 di Stadium Sultan Suleiman Klang pada Ahad.

Iklan

Katanya, melalui program ini polis dan masyarakat dapat memupuk perpaduan selain membina kepercayaan serta menekankan ketelusan dan akauntabiliti.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan siasatan kes kematian Nidza Afham diklasifikasi sebagai SDR selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Shah Alam.

Iklan

Hasil bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian 'pending laboratory investigation' dan tiada lain-lain kecederaan fizikal.

Sebelum ini, penyanyi terbabit dilapor hilang selepas keluar joging di Stadium Klang, pada 13 Ogos lalu.

Susulan itu, dompet dan telefon bimbit Nidza Afham ditemui di Jambatan Sungai Klang, Klang.

Jasad Nidza Afham kemudiannya ditemukan berhampiran Jalan Tepi Sungai, Solok Sungai, Taman Telok Pulai Indah, kira-kira jam 7 malam, 14 Ogos.

Nidza Afham pernah menyertai rancangan realiti I Can See Your Voice 3, sebelum melancarkan single berjudul Ternyata Bukan Aku.