GISBH: Polis pantau media sosial

Iklan
Razarudin

SHAH ALAM - Polis memantau media sosial berhubung sebarang kenyataan yang dikeluarkan individu termasuk ahli, saksi atau pihak berkaitan bagi siasatan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, satu pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) diberi peranan untuk memantau di media sosial.

Iklan
Iklan

"Ini berikutan dikesan terdapat pihak berkaitan GISBH, individu, bekas ahli dan lain-lain yang membuat kenyataan mahu pun pendedahan di media sosial.

"Sebarang pendedahan dan maklumat, kita (polis) minta mereka ini tampil salurkan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Dalam pada itu, Razarudin menegaskan, siasatan masih dilakukan susulan operasi besar-besaran Op Global yang dilakukan di seluruh Semenanjung Malaysia pada Sabtu.

Sinar Harian melaporkan seramai 155 individu termasuk 77 wanita yang disyaki terlibat dengan GISBH ditahan pada Sabtu.

Iklan

Kesemua individu itu ditahan dalam serbuan di 82 premis melibatkan rumah amal, klinik premis perniagaan, ma’ahad dan rumah persendirian.

Dalam operasi itu, seramai 186 orang mangsa terdiri daripada 102 lelaki dan 84 wanita telah berjaya diselamatkan termasuk seorang kanak-kanak yang tular di media sosial sedang dirotan oleh seorang lelaki dipercayai ahli GISBH.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 serta Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan migran 2007.