Lebih 500 penduduk Lubnan terkorban angkara Israel - Hizbullah

Iklan
Ketegangan semakin memuncak di sepanjang sempadan selepas serangan udara Israel yang menyasarkan kepimpinan Hizbullah di Beirut. Foto AFP

BEIRUT - Hizbullah pada Ahad memaklumkan bahawa jumlah kematian dalam konflik dengan Israel telah mencecah 501 setakat ini.

Kumpulan itu menyatakan bahawa bilangan anggotanya yang terkorban dalam tempoh 24 jam lepas meningkat kepada 17, selepas kematian Muhammad Hussein Ubeid dan Abbas Mahmoud Salih.

Iklan
Iklan

Hizbullah sebelum ini melaporkan bahawa serangan udara Israel di Beirut mengorbankan 15 anggota, termasuk bekas komander Pasukan Radwan, Ahmed Mahmoud Wahbi.

Tentera Israel dalam kenyataannya memaklumkan mengenai serangan udara ke atas Lubnan, yang menyasarkan 290 tapak termasuk beribu-ribu roket yang sedia untuk dilancarkan, pelancar roket dan artileri.

Iklan

Ketegangan semakin memuncak di sepanjang sempadan selepas serangan udara Israel yang menyasarkan kepimpinan Hizbullah di Beirut. - Bernama

Iklan