Bekas Exco Perak, Azman Mahalan meninggal dunia

Iklan
Allahyarham Azman Mahalan

IPOH - Bekas Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Azman Mahalan meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Rapat Setia di sini pada Ahad.

Allahyarham Azman, 82, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning selama empat penggal dari tahun 1986 hingga 2004, menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.05 pagi.

Iklan
Iklan

Beliau menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) semasa pentadbiran Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Tan Sri Tajol Rosli Ghazali.

ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin ketika dihubungi berkata, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia selepas solat Asar.

Iklan

"Arwah baru-baru ini telah dimasukkan ke hospital kerana keadaan kesihatannya dan empat hari lepas saya sempat menziarahinya.

"Ketika itu keadaan arwah nampak baik dan semakin pulih sebelum dibenarkan pulang ke rumah," katanya.

Iklan

Beliau berkata, Allahyarham yang mengemudi UMNO Bahagian Tapah selama 20 tahun sejak 1984 berperanan penting dalam mengukuhkan parti terutama Barisan Nasional (BN) di kawasan itu.

"Jasa beliau sangat besar bukan hanya kepada perpaduan parti dan ahli, tetapi kesejahteraan serta pembangunan masyarakat di DUN Ayer Kuning itu sendiri.

"Sudah pasti ini satu kehilangan besar buat warga UMNO dan BN," katanya.