Polis nafi dakwaan pegawai kanan lindungi kegiatan GISBH

Iklan
Razarudin menafikan dakwaan yang mengaitkan pegawai kanan PDRM dengan kegiatan melindungi GISBH.

KUALA LUMPUR - Dakwaan yang mengaitkan pegawai kanan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kegiatan melindungi GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) adalah tidak benar dan berniat jahat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menafikan dakwaan tersebut dan berkata, ia merupakan satu fitnah terhadap pasukan polis yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab melalui akaun palsu.

Iklan
Iklan

"Kita tahu ini adalah akaun palsu yang mencipta fitnah berkenaan, dan dakwaan melibatkan pegawai polis dengan GISBH adalah tidak benar,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok menamakan beberapa pegawai kanan PDRM yang didakwa melindungi dan menerima wang daripada syarikat itu untuk kegunaan peribadi.

Iklan

Pada 11 September lepas, polis mula mengadakan Op Global yang menyaksikan serbuan terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan dikaitkan dengan GISBH. Syarikat tersebut didakwa terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban.

Fasa keempat Op Global yang dijalankan di seluruh Semenanjung Malaysia semalam turut menemukan beberapa risalah yang mengandungi elemen bercanggah dengan ajaran agama Islam serta barang khurafat. - Bernama

Iklan