Wanita warga emas tinggal sendirian ditemui mati dalam rumah

Iklan
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam bilik utama rumahnya. Gambar hiasan

ALOR GAJAH - Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam bilik utama rumahnya di Jalan Pulau Semut, Solok Duku, Masjid Tanah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, kematian wanita berusia 69 tahun itu dimaklumkan oleh anak saudara lelakinya di Balai Polis Masjid Tanah kira-kira 8.45 pagi.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa yang tinggal seorang diri di rumah berkenaan ditemukan terbaring di atas lantai beralaskan bantal dan setengah badan ditutupi kain selimut selain turut ditemukan sebilah gunting.

"Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka kemudiannya membuat siasatan lanjut dan turut menggunakan khidmat anjing pengesan Unit K9 untuk membuat pencarian di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan proses pengecaman oleh ahli keluarga.

Hasil bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Iklan