Dalang utama sindiket 'counter setting' direman tujuh hari

Iklan
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk permohonan reman pada Ahad. - Foto Awani

SHAH ALAM - Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia yang dipercayai dalang utama sindiket 'counter setting' direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman hingga 28 September terhadap tertuduh lelaki berusia 49 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Sabri Ismail di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Ahad. Perintah itu dikeluarkan selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Iklan
Iklan

Suspek ditahan pada jam 1 tengah hari Sabtu di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Tindakan itu dilakukan sebagai balasan membenarkan kemasukan warganegara asing yang tidak memenuhi syarat ke Malaysia.

Iklan

Perbuatan itu dilakukan di antara tahun 2021 hingga 2023 ketika suspek masih bertugas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana terlibat dalam memberi, menawarkan, atau menjanjikan suapan kepada individu lain dengan niat untuk mempengaruhi keputusan atau tindakan dalam kapasiti rasmi.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan SPRM sedang memburu seorang pegawai imigresen yang disyaki 'berpengaruh' dalam kegiatan sindiket itu.

Pegawai terbabit dilapor sudah melarikan diri, namun dipercayai masih berada di dalam negara, sebaik sahaja operasi siasatan kes itu bermula. - Awani