Soon Huat-Shevon naib juara Terbuka China

Iklan
Soon Huat (kiri)-Shevon Lai.

BEREGU campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai muncul naib juara Kejuaraan Badminton Terbuka China selepas tewas dalam perlawanan akhir pada Ahad.

Pada perlawanan akhir Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 1000 itu Soon Huat-Shevon dikecewakan wakil tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dalam aksi satu jam 11 minit.

Iklan
Iklan

Perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Changzhou, menyaksikan Soo Huat-Shevon bermula cemerlang apabila menang set pertama 21-16.

Bagaimanapun Yan Zhe-Dong Ping yang mendapat sokongan penyokong-penyokong di laman sendiri bangkit menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-14 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Iklan

Di set penentuan Soon Huat-Shevon dan Yan Zhe-Dong Ping saling mengejar mata yang akhirnya dinoktahkan dengan kemenangan 21-17 gandingan dari China juga pilihan kedua kejohanan.

Beregu nombor 12 dunia tersebut sebelum itu mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan gandingan tuan rumah Cheng Xing-Zang Chi menerusi kemenangan straight set 21-18, 21-18.

Iklan