Empat terbunuh, puluhan cedera dalam insiden tembakan rambang

Iklan
Empat orang terbunuh dan puluhan cedera dalam insiden tembakan rambang pada malam Sabtu di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat.

WASHINGTON - Empat orang terbunuh dan puluhan cedera dalam insiden tembakan rambang pada malam Sabtu di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Polis Birmingham melaporkan bahawa kejadian tembakan berlaku di kawasan kejiranan yang sibuk di blok 2000 Magnolia Avenue, di kawasan Five Points South berhampiran Universiti Alabama.

Iklan
Iklan

Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala mangsa keempat meninggal dunia di hospital universiti. Beberapa mangsa lain mengalami kecederaan serius.

Pihak berkuasa percaya beberapa penembak terlibat dalam insiden itu. Sehingga awal pagi Ahad, tiada suspek yang ditangkap. - Bernama

Iklan
Iklan