AUEGCAS Selangor gesa kerajaan naikkan skim pembantu tadbir
Iklan
AUEGCAS Selangor menggesa kerajaan menaikkan skim perkhidmatan pembantu tadbir melalui pertambahan gred di bawah SSM atau SSPA.
SHAH ALAM - Kerajaan digesa untuk menaikkan skim perkhidmatan kumpulan pembantu tadbir kepada gred 29 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) atau gred 5 Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Pengerusi Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Selangor, Hazarul Anan berkata, pihaknya menzahirkan rasa dukacita apabila skim-skim di peringkat bawahan seperti pemandu kenderaan dan pembantu awam disamakan melalui penggredan angka satu hingga empat.
Iklan
Iklan
"Penggredan berkenaan menyebabkan skim pembantu tadbir adalah yang paling bawah berbanding skim lama iaitu SSM.
"Untuk makluman, pembantu tadbir adalah mereka yang sentiasa menjadi tempat rujukan bagi pegawai dan kakitangan jabatan berkaitan tadbir urus jabatan, pengurusan tatakelola pentadbiran dan kewangan untuk memastikan fungsi jabatan terus berjalan dengan baik dan terurus,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Iklan
Sebelum ini, pegawai awam mempunyai tempoh opsyen selama 40 hari bermula 21 Oktober hingga 30 November untuk memilih SSPA bagi menggantikan SSM, berkuat kuasa 1 Disember.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, pelaksanaan SSPA tidak akan menjejaskan pencen pegawai awam berstatus tetap dan pelarasan gaji baharu hanya terpakai kepada pegawai awam yang memilih opsyen SSPA sahaja.
Iklan
Pada masa sama, Hazarul memberitahu bahawa pihaknya menyokong sistem SSPA kerana ia adalah satu inisiatif yang baik oleh kerajaan untuk penjawat awam.
"Ini merupakan satu perkara bagus dan membanggakan bagi penjawat awam kerana pihak kerajaan memastikan kami berada pada zon yang selesa untuk berkhidmat.
"Bagaimanapun, penstrukturan semula skim perkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan, persaraan dan faedah persaraan ini perlu disemak dan dikaji serta dibuat penambahbaikan bagi setiap kerajaan yang memerintah,” jelasnya.
Kerajaan Persekutuan sedia meneliti peluasan perlaksanaan konsep rumah transit Bangsa Johor yang diperkenalkan dua tahun lalu, ke negeri lain, membantu rakyat khususnya keluarga muda kurang berkemampuan dapat memiliki kediaman.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan yang dibuat di Johor dengan memulangkan 30 peratus daripada kadar jumlah sewa kepada keluarga muda selepas tempoh sewaan selama lima tahun berakhir, adalah terbaik, lapor wartawan Sinar Harian Nurhidayah Hairom.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/686991/berita/nasional/teliti-perluas-konsep-rumah-transit-bangsa-johor-ke-negeri-lain---ahmad-zahid
Muzik: Elevate dari www.bensound.com