GEORGE TOWN - Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong diumumkan sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang yang baharu selepas dipilih Jawatankuasa DAP negeri yang baharu pada Ahad.
Steven Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu menggantikan Chow Kon Yeow yang telah menerajui parti itu sejak 25 tahun lalu.