Angka korban di Gaza meningkat kepada 41,431, lebih 95,818 cedera

Iklan
Mangsa selepas serangan udara Israel ke atas sebuah sekolah yang menyebabkan orang ramai kehilangan tempat tinggal di kejiranan Zeitoun di selatan Bandar Gaza. Foto Xinhua

GAZA - Pasukan pendudukan Israel melakukan empat pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas, mengakibatkan pembunuhan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin dan 58 lagi cedera, menurut laporan perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa angka kematian Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Okt meningkat kepada 41,431 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 95,818 individu mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Iklan
Iklan

Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai banyak mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan-jalan di kawasan konflik, kerana pasukan penjajah Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan pasukan pertahanan awam. - Bernama

Iklan
Iklan