Sembilan rumah musnah dalam kebakaran di Sibu

Iklan
Kira-kira sembilan buah rumah kayu musnah dalam kebakaran petang tadi. Foto hiasan

SIBU - Kira-kira sembilan buah rumah kayu yang terletak di tepi sungai Batang Igan di Kampung Hilir di sini musnah dalam kebakaran petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada 6.43 petang.

Iklan
Iklan

"Susulan itu, 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral, BBP Sungai Merah dan BBP Sibu Jaya telah digerakkan ke lokasi.

"Komander operasi memaklumkan kebakaran berlaku melibatkan anggaran lapan ke sembilan rumah dan operasi pemadaman sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Iklan

Melalui penstriman langsung oleh penduduk yang tinggal berdekatan lokasi kejadian, api kelihatan masih marak dan kemungkinan merebak ke lebih banyak rumah yang berdekatan. - Bernama

Iklan