IPOH - Penularan gambar memaparkan seorang pekerja pam minyak di Taiping terbaring dalam keadaan berlumuran darah adalah disebabkan masalah kesihatan, bukannya ditembak seperti dakwaan yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pihaknya mengesan penularan gambar itu berserta komen 'tukang pump minyak pun kena tembak mati lepas kena ragut' pada Jumaat lepas.