Taktik pancing pelanggan Muslim
Iklan
SHAH ALAM - Di sebalik polemik mewajibkan sijil halal untuk restoran yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol, kebanyakan restoran popular yang tiada status halal di Lembah Klang masih berusaha memancing pelanggan Islam dengan menggunakan promosi seperti Muslim friendly, halal food, dan pork free khususnya di media sosial.
Tinjauan Sinar Harian bagaimanapun mendapati rata-rata restoran berkenaan termasuk francais makanan terkenal tidak meletakkan sebarang tanda atau pelekat makluman mengenai perkara tersebut di premis masing-masing kecuali di media sosial, dipercayai tidak mahu menimbulkan salah faham.