Fatwa ajaran GISBH di Selangor dibentang dalam mesyuarat khas Isnin depan

Iklan
Laporan Sinar Harian. Anhar (kanan).

SHAH ALAM - Persoalan berkaitan fatwa ajaran dalam GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) akan dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada Isnin depan.

Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir berkata, jawatankuasa sedang meneliti bahan bukti yang diperolehi daripada pihak berwajib dan semua bahan bukti itu akan dibentangkan dalam mesyuarat berkenan.

Iklan
Iklan

"Menjunjung titah Sultan Selangor pada 21 September lalu yang menggesa agar Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengkaji dan meneliti bagi memutuskan persoalan berkaitan amalan GISBH sama ada ia menyeleweng atau bercanggah dengan ajaran agama Islam sebenar.

"Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor sedang meneliti semua bahan bukti yang diperolehi daripada PDRM dan JAIS, serta keterangan individu-individu terlibat," katanya menerusi kenyataan.

Iklan

Beliau berkata, Jabatan Mufti sentiasa proaktif dalam mengekang penyebaran ajaran-ajaran yang menyeleweng melalui fatwa setelah kajian dan penelitian terhadap fakta dan bukti daripada pelbagai sumber.

Katanya, untuk rekod Jabatan Mufti Selangor telah mengeluarkan Fatwa berkaitan Aurad Muhamadiah Pegangan Darul Arqam yang telah diwartakan pada 4 Februari 1993.

Iklan

Ia disusuli Pindaan Fatwa Tentang Fahaman Dan Ajaran Yang Dipegang Oleh Kumpulan Al-Arqam Pimpinan Haji Ashaari Muhammad pada 11 Ogos 1994.

Turut dikeluarkan fatwa bertajuk Usaha-usaha Menghidupkan Semula Al-Arqam melalui Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn Bhd (SRC) dan rangkaian syarikat gabungan pada 21 Disember 2006.