Daftar masuk hotel, inap desa jam 4 petang?

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Tular di media sosial baru-baru ini mengenai sesetengah hotel kini menetapkan waktu daftar masuk ke premis mereka bermula jam 4 petang dan keluar pada jam 11 pagi.

Perkara itu mencetuskan perbincangan warga maya yang rata-ratanya merasakan tidak adil untuk pelanggan kerana tempoh penginapan yang diberikan agak singkat.

Iklan
Iklan

Ada yang mengatakan bukan sahaja hotel yang menetapkan seperti itu, malah beberapa inap desa turut bertindak sedemikian.

Lebih malang lagi, ada pelanggan dikenakan caj tambahan jika terlewat daftar keluar walaupun lewat kemasukan akibat menunggu ketersediaan bilik.

Iklan

Dalam pada itu, ada juga warganet memuji pengusaha hotel di luar negara seperti Thailand dan Indonesia yang tidak mengenakan sebarang caj tambahan selain dibenarkan mendaftar masuk seawal jam 9 pagi.

Seorang pengguna Facebook, Fifi Clio berkata, dia sampai di hotel pada jam 4 petang namun terpaksa menunggu lagi 15 minit kerana bilik masih belum tersedia.

Iklan

"Empat jam pun tak cukup lagi nak kemaskan bilik. Rasa tak adil betul, sudahlah masuk lambat, keluar mesti tepat waktu!" katanya.

"Kalau macam ini lagi ramai masuk Thailand, sana ada hotel pagi-pagi kita sampai dah boleh daftar masuk kalau tak ada orang," ujar Majid Muhamad.

"Saya pernah ke Indonesia dan Turkiye, pihak hotel di sana sangat bagus. Kita tiba jam 8 pagi pun dah boleh daftar masuk. Daftar keluar pun jam 12 tengah hari," kata Sofea.