NAFAS capai sasaran jualan sepanjang MAHA 2024

Iklan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohammad Sabu (tengah) menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara LPNM dan NASSB.
SERDANG- Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melepasi sasaran jualan apabila menjana hampir RM1 juta sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan AgroPelancongan Malaysia (MAHA 2024).

Pengurus Besarnya, Muhammad Faris Arriffi n berkata, pencapaian itu diraih hasil jualan produk-produk keluaran NAFAS dan jenama Peladang.

"Kita telah meraih hasil jualan mencecah RM1 juta meliputi produk seperti baja, input pertanian, ayam bulat, ayam keratan, produk perapan sejuk beku, jentera serta produk pertanian lain.

Baja Peladang 25 yang dilancarkan di MAHA 2024, MAEPS, Serdang, baru-baru ini.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


"Selain itu, penyumbang terbesar pada pameran kali ini adalah kejayaan NAFAS menjual jentera pertanian dan produk baja yang telah kehabisan stok,” katanya ketika ditemui di NAFAS Cube sempena hari terakhir MAHA 2024 pada Ahad.

Muhammad Faris memaklumkan, sambutan orang ramai terhadap produk NAFAS sepanjang pameran dwi tahunan itu amat memberangsangkan.

MUHAMMAD FARIS


Jualan lebih baik

Menurutnya, penyertaan NAFAS pada kali ini melibatkan lima reruai di laman berbeza membuahkan hasil apabilla pihaknya berjaya melepasi jumlah jualan edisi MAHA sebelum ini.

"Pada tahun ini, NAFAS membuka lima reruai di lima laman berbeza dan taktikal edisi MAHA ke-100 membawa tuah kepada kami.

Penolong Pengurus NASSB, Abdul Khaliq Rahim (kanan) melakukan demonstrasi promosi Kit Pertanian Bandar bersama pengunjung di Dewan A, MAEPS di sini pada Ahad.


"Alhamdulillah tahun ini sudah melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu RM1 juta,” ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Faris berkata, NAFAS turut memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) menerusi anak syarikatnya, NAFAS Agri Services Sdn Bhd (NASSB).

Perjanjian itu jelasnya, membabitkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk input pertanian nanas berjumlah RM9 juta untuk tempoh dua tahun.

Antara produk ayam keluaran NAFAS yang diperkenal sempena MAHA 2024 di MAEPS, Serdang.


Selain itu, NAFAS menerusi NAFAS Bajakimia Sdn Bhd telah melancarkan Peladang 25 iaitu produk baja cecair pelepasan terkawal yang telah kehabisan stok.

"Dari segi padanan perniagaan, kami telah menerima perniagaan dari luar negara seperti Jepun, Kemboja, Myanmar dan beberapa negara lain untuk memulakan kerjasama menerusi produk utama seperti baja.

"Justeru saya berharap orang ramai dapat mendukung agenda keterjaminan makanan negara sekali gus meneruskan program-program seperti ini. Ia akan membantu banyak pihak mendapat manfaat daripada promosi industri agro makanan,” ujarnya.



Muhammad Faris berkata, penglibatan NAFAS sepanjang MAHA 2024 membuktikan komitmen dalam memajukan sektor pertanian negara.

"Ia sejajar dengan objektif keterjaminan makanan yang berterusan,” katanya.