Bidoglio gembira pemain beraksi cemerlang

Iklan
Kesebelasan utama JDT pada perlawanan berkenaan. Foto FB Johor Southern Tigers

KEMENANGAN 6-1 ke atas Kelantan Darul Naim (KDN) FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad, nyata menggembirakan pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio yang menyifatkan skuad kendaliannya beraksi cemerlang di sepanjang perlawanan.

Menurutnya, biarpun masih kepenatan setelah mengikat Shanghai Port 2-2 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), di Stadium Pudong Rabu lalu, pemain yang diturunkan masih mampu beraksi dengan baik sekali gus meraih kemenangan.

Iklan
Iklan

"Saya akui pemain masih kepenantan tetapi kesemuanya beraksi dengan baik malam ini walaupun agak sukar untuk menembusi pertahanan lawan pada awal permainan.

"Bagaimanapun, mereka berjaya merobek gawang lawan pada penghujung separuh masa pertama dan separuh masa kedua pemain telah berjaya mengawal bola sepenuhnya.

Iklan

"Bagi saya ia sesuatu yang baik dan gembira dengan aksi dipamerkan pemain pada perlawanan kali ini,” katanya.

Biarpun bermula garang pada perlawanan berkenaan, JDT perlu menunggu hingga minit ke-42 bagi membuka jaringan menerusi Bergson Da Silva yang kemudiannya menjaringkan dua lagi gol pada minit ke-44 dan min-71.

Iklan

Dua gol lagi dijaringkan oleh Arif Aiman Hanapi pada minit ke-55 dan 58, sementara pemain KDN FC, Umeir Aznan, menjaringkan gol sendiri pada minit ke-75.

Bagaimanapun, penyerang import dari Palestin, Latyh Kharoub berjaya merobek gawang skuad Harimau Selatan itu pada minit ke-65 untuk gol saguhati pelawat.

Mengulas mengenai kecederaan yang dialami pemain pertahanan, Syahmi Safari, Bidoglio berkata, pemain berkenaan dijangka memerlukan tiga bulan sekurang-kurangnya untuk pulih setelah mengalami kecederaan ketika berdepan Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim, minggu lalu.

Bagaimanapun, Bidoglio berkata dia mahu menyaksikan Syahmi untuk segera pulih dan kembali beraksi.

"Bagi saya, dia merupakan seorang pemain yang baik, muda dan memiliki masa depan yang cerah dalam bola sepak.

"Kini, dia sedang menjalani rawatan pemilihan di Sepanyol," katanya.