UNGA79: Malaysia ulangi pendirian sokongan berterusan perjuangan Palestin

Iklan
Mohamad (kiri) ketika mengadakan pertemuan dua hala dengan Mohammed di New York pada Ahad. - Foto: Awani

NEW YORK - Malaysia sekali lagi mengulangi pendirian untuk memberi sokongan berterusan terhadap perjuangan rakyat dan negara Palestin.

Demikian menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan semasa mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Luar merangkap Perdana Menteri Palestin, Mohammed Mustafa, di sini, pada Ahad.

Iklan
Iklan

"Malaysia dan Palestin bersetuju untuk menyelaraskan usaha bagi melaksanakan Resolusi Perhimpunan Agung terkini mengenai Pendapat Nasihat ICJ berkaitan Palestin yang telah diluluskan pada 19 Julai 2024 menerusi Sesi Khas Kecemasan ke-10 pada 17 September 2024,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Terdahulu pada Khamis, Malaysia mengalu-alukan keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melaksanakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menamatkan pendudukan haram Israel ke atas Palestin.

Iklan

Kementerian Luar dalam kenyataan berkata Malaysia dan 123 Negara Anggota PBB mengundi menyokong Resolusi Perhimpunan Agung PBB (UNGA) bertajuk"Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan kesan perundangan yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di Wilayah Pendudukan Palestin (OPT), termasuk Baitulmaqdis Timur, serta ketidakabsahan kehadiran berterusan Israel di OPT".

Kementerian itu berkata resolusi yang diterima pakai pada Sesi Tergempar Khas ke-10, UNGA pada 17 September bertujuan untuk melaksanakan keputusan ICJ bertarikh 19 Julai 2024.

Iklan

Ia antara lain, menekankan tanggungjawab bersama dan obligasi undang-undang semua negara dan Pertubuhan Antarabangsa bagi menamatkan pendudukan haram Israel di Palestin, dan menyeru keadilan untuk rakyat Palestin. - Awani

Ringkasan AI

Malaysia terus menyokong perjuangan rakyat dan negara Palestin, seperti ditegaskan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Malaysia dan Palestin akan menyelaraskan usaha bagi melaksanakan Resolusi PBB berkaitan pendudukan haram Israel, dengan keputusan ICJ yang dikeluarkan pada 19 Julai 2024.

Malaysia menyambut baik sokongan 123 negara anggota PBB dalam usaha menamatkan pendudukan haram Israel di Palestin, termasuk di Baitulmaqdis Timur.