Puteri Wales buat penampilan umum pertama selepas rawatan kemoterapi

Iklan
Kate Middleton membuat penampilan umum pertamanya sejak mengumumkan selesai menjalani rawatan kemoterapi pada Ahad. Foto Reuters

WASHINGTON - Puteri Wales, Kate Middleton pada Ahad membuat penampilan umum pertamanya sejak mengumumkan selesai menjalani rawatan kemoterapi, lapor United Press International (UPI).

Puteri Catherine, 42, menghadiri upacara keagamaan bersama suaminya Putera William serta anggota keluarga diraja lain di Gereja Crathie Kirk berhampiran Istana Balmoral di Scotland.

Iklan
Iklan

Akhbar The Sun menyiarkan gambar beliau tersenyum ketika duduk di tempat duduk penumpang dalam kereta yang dipandu Putera William.

Beliau memakai topi berwarna hijau gelap dengan bulu di tepinya dan mengenakan kot bercorak tartan berwarna coklat.

Iklan

Awal bulan ini, Kate berkata beliau berasa lega untuk menyelesaikan rawatan kemoterapi, yang diumumkan pada Mac, ketika beliau juga mendedahkan diagnosis kansernya.

Pada Selasa, dilaporkan bahawa puteri itu telah kembali bertugas. - Bernama

Iklan