Kontraktor didakwa bunuh bekas pelumba Cub Prix negara

Iklan

KANGAR - Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, pada Isnin atas tuduhan membunuh bekas pelumba Moto3 dan Cub Prix negara, Elly Idzlianizar Ilias.

Tertuduh, Ibrahim Johan, 51, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Ana Rozana Mohd Noor.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Ibrahim didakwa membunuh Elly Idzlianizar Ilias, 40, di simpang tiga Taman Behor Gonchar Jaya, di sini, antara jam 10.30 malam, 10 September 2024 hingga 12.01 pagi, 11 September 2024.

Iklan

Bagi kesalahan itu kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Ahmad Po’ad manakala tertuduh diwakili peguam Tan Yen Sing.

Iklan

Mahkamah menetapkan 30 Disember depan bagi serahan laporan bedah siasat, kimia dan forensik.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. - Awani