Tangguh umum calon tiada unsur sabotaj

Iklan
Laporan Sinar Harian sebelum ini. Gambar kanan: Abdul Rashid

KUALA SELANGOR - Penangguhan pengumuman calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Selangor tiada unsur sabotaj sebaliknya berlaku masalah pada sistem komputer.

Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, masalah sistem yang dialami itu menyebabkan sesetengah bahagian tidak mengeluarkan senarai nama calon yang bertanding.

Iklan
Iklan

"Tiada unsur sabotaj kerana kita parti baharu dan sistem pun dalam proses baik pulih," katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Rashid yang juga Exco Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Selangor berkata, pengumuman calon dijangka dilakukan dalam waktu terdekat selepas sistem kembali pulih.

Iklan

"Hari terakhir membuat bantahan ialah pada 14 Februari ini. Sebelum itu penamaan calon yang bertanding akan disahkan dan dimaklumkan mereka yang layak," katanya.

Sabtu lalu, pengumuman calon Bersatu Bahagian Selangor yang berlangsung di sebuah hotel ditangguhkan disebabkan beberapa perkara teknikal.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Pengumuman calon Bersatu Bahagian Selangor ditangguhkan