Aplikasi Retrack bantu pantau 8,000 bekas banduan

Iklan
Majlis perasmian aplikasi Retrack di Dewan IDS Kota Kinabalu pada Isnin. (Gambar kecil: Ramzah)

KOTA KINABALU - Aplikasi Retrack yang dibangunkan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah memanfaatkan lebih 8,000 bekas banduan di seluruh negeri ini.

Retrack yang dibangunkan sejak empat tahun lalu kini digunakan secara rasmi pada tahun ini untuk membantu Jabatan Penjara di Sabah dalam memantau bekas banduan yang telah bebas dan kembali kepada komuniti.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif IDS Sabah, Datuk Ts Dr Ramzah Dambul berkata, jika sebelum ini pemantauan dibuat secara manual dan memerlukan tenaga kerja yang ramai tetapi dengan aplikasi ini ia amat memudahkan tugasan mereka.

"Aplikasi ini berasaskan, dimuat naik ke dalam telefon pintar masing-masing bukan sahaja pegawai penjara tetapi juga bekas banduan yang sudah berada dalam industri pekerjaan.

Iklan

"Jadi setakat ini aplikasi Retrack boleh memanfaatkan lebih 8,000 bekas banduan di seluruh Sabah. Malah ia bukan hanya digunakan dalam industri tetapi untuk pemantauan prospek yang dibebaskan dan diintegrasikan kepada masyarakat," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Retrack dan simposium di Dewan IDS di sini pada Isnin.

Menurutnya, aplikasi ini mendapat maklum balas positif daripada Jabatan Penjara di Sabah dan kami berhasrat untuk memperluaskan lagi penggunaannya ke seluruh negara.

Iklan

"Kita bekerjasama dengan Jabatan Penjara dan mereka pun sangat positif supaya kita boleh perluaskan penggunaannya ke seluruh Sabah.

"Tetapi sudah tentu ada banyak penambahbaikan untuk kita perbaiki sistem ini, misalnya kita akan masukkan elemen penilaian kesihatan mental seperti yang kita bincangkan dalam simposium tadi," katanya.

Hadir sama Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Labuan, Abd Rauf Lang Pasih dan Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UMS, Profesor Madya Dr Lai Yew Meng.