Milan 'raja' Derbi della Madonnina

Iklan
Gabbia pastikan Milan keluar dari San Siro sebagai pemenang Derbi della Madonnina. Foto Agensi

MATTEO Gabbia mengurangkan tekanan permulaan hambar gergasi Serie A, AC Milan musim ini apabila tandukannya menjelmakan kemenangan 2-1 ke atas jiran tetangga, Inter Milan dalam Derbi della Madonnina di Stadium San Siro.

Milan kendalian Paulo Fonseca sebelum itu menang sekali dalam lima perlawanan semua kejuaraan telah mencetuskan krisis kemampuan kelab bersaing pada musim ini.

Iklan
Iklan

Namun kemenangan kembali melonjakkan Rossoneri di kedudukan ketujuh liga dengan lapan mata hasil dua menang, dua seri dan satu tewas selepas mengharungi lima perlawanan setanding dengan Inter.

"Saya sangat gembira untuk kami, untuk penyokong-penyokong. Sejujurnya ia permulaan musim yang agak sukar apabila keadaan tidak berjalan lancar, tetapi saya percaya kemenangan ini akan memberikan kami rangsangan tenaga sebenar.

Iklan

Gabbia pastikan Milan keluar dari San Siro sebagai pemenang Derbi della Madonnina. Foto Agensi

"Adalah menjadi kewajipan kami sebagai pemain-pemain untuk memberikan segala-galanya.

Iklan

Sememangnya, terdapat detik negatif dalam hidup dan dalam kerjaya, namun kami mesti memastikan bahawa tidak menyesal pada wisel penamat dan itulah yang berlaku hari ini.

"Kami sentiasa berada di sisi jurulatih, walaupun apa yang diperkatakan di luar,” kata Gabbia.

Christian Pulisic membuka jaringan untuk Milan pada minit ke-10 dengan percubaan menewaskan penjaga gol Yann Sommer.

Inter kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-27 menerusi rembatan Federico Dimarco sebelum tandukan minit ke-89 Gabbia melepasi jangkauan Mike Maignan buat kali kedua.