China di kedudukan ketiga dalam nilai pelaburan di negara ASEAN

Iklan
Pada 2023, perdagangan antara ASEAN dan China berjumlah AS$702 bilion merangkumi 19.7 peratus daripada keseluruhan perdagangan ASEAN menjadikan China sebagai rakan perdagangan terbesar di rantau ini. - Foto: 123RF

CHINA menduduki tempat ketiga dalam nilai pelaburan dalam kalangan negara ASEAN, menurut Menteri Perindustrian dan Perdagangan Laos, Malaythong Kommasith, lapor Agensi Berita Laos (KPL).

Bercakap pada Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-23 pada Ahad yang dipengerusikan bersama oleh Timbalan Menteri Perdagangan China Li Fei, Malaythong menekankan hubungan ekonomi yang kukuh antara ASEAN dan China.

Iklan
Iklan

Pada 2023, perdagangan antara ASEAN dan China berjumlah AS$702 bilion merangkumi 19.7 peratus daripada keseluruhan perdagangan ASEAN, menjadikan China sebagai rakan perdagangan terbesar di rantau ini.

Pelaburan langsung asing (FDI) China di ASEAN mencecah AS$17.3 bilion atau 7.5 peratus daripada jumlah keseluruhan FDI di rantau ini, menjadikan China sebagai pelabur asing ketiga terbesar.

Iklan

Malaythong turut melahirkan keyakinan terhadap kerjasama masa depan berikutan rundingan untuk menaik taraf Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (FTA) kepada versi 3.0.

Mesyuarat itu turut mengkaji kemajuan kerjasama ekonomi dengan tumpuan kepada peningkatan FTA, e-dagang, dan persiapan untuk Sidang Kemuncak ASEAN-China pada Oktober 2024. - Bernama

Iklan