23 rakyat Malaysia di Lubnan selamat - Wisma Putra

Iklan
Wisma Putra

PUTRAJAYA - Seramai 23 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan disahkan berada dalam keadaan selamat.

Iklan
Iklan

Kementerian Luar Negeri (KLN) memaklumkan pihaknya sedang memantau perkembangan terkini di negara itu susulan serangan di Beirut dan peningkatan pertempuran rentas sempadan di selatan Lubnan.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, kementerian ini ingin menasihatkan semua rakyat Malaysia yang menetap di Lubnan supaya sentiasa berwaspada terhadap keselamatan mereka," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Ujar KLN, rakyat Malaysia yang mempunyai perancangan untuk ke Lubnan turut dinasihati agar menangguhkan perjalanan berikutan keadaan yang tidak menentu di negara tersebut.

"Kedutaan juga sentiasa berkomunikasi dengan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 yang berkhidmat dengan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)untuk memastikan keselamatan pasukan pengaman kita," jelas kementerian itu.

Iklan

Tambahnya, mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi pihak kedutaaan di alamat Lot 170, Saad Zaghloul Street, Downtown, Beirut, Lubnan atau talian 961 7677 2527, 961 7138 0063 dan menerusi mwbeirut@kln.gov.my.