HONOR MagicBook Art 14 lebih privasi daripada MacBook

Iklan

Apple sering membangga diri dengan tahap privasi yang dikatakan 'paling terbaik'. Tapi dalam dunia nyata, kita kerap kali berdepan dengan kebocoran privasi. Bayangkan, anda baru saja berbual tentang satu jenama dengan rakan, tiba-tiba iklan produk tersebut muncul di media sosial anda. Mungkin anda pernah alami situasi seperti ini?

Kalau telefon pintar sering dipersoalkan dari segi privasi, laptop pun tak boleh dipandang ringan. Pernah tak anda perasan ramai orang meletakkan pelekat pada kamera laptop mereka? Ini bukan trend fesyen, tapi langkah berjaga-jaga—takut-takut ada 'mata-mata' yang sedang memerhatikan tanpa kita sedar.

Iklan
Iklan

HONOR persoalkan privasi MacBook?



HONOR, dalam iklan terbaru mereka macam 'menyindir' Apple secara halus. Dalam iklan tersebut, seorang gadis sedang bersantai di bilik sebelum dia tiba-tiba rasa seperti ada seseorang sedang memerhatikannya. Lepas periksa keliling, baru dia sedar kamera laptop Apple MacBook dia tak ditutup! Lantas, dia pantas tampal pelekat pada kamera.

Iklan

HONOR seperti memberi mesej tersirat—MacBook mungkin tak cukup bagus untuk melindungi privasi anda.

Sila tonton sendiri iklan yang mencuit hati ini:

Iklan

MagicBook Art 14: Jawapan tepat kepada kebimbangan privasi



Untuk pengguna yang paranoid tentang privasi, HONOR memperkenalkan MagicBook Art 14 dengan penyelesaian inovatif—kamera magnetik! Tak payah risau tentang ada ‘mata-mata’ lagi. Kamera ni boleh ditanggalkan bila tak guna dan pasang balik bila diperlukan. Reka bentuk sebegini mengurangkan risiko kebocoran privasi dan menjamin pengguna tidak perlu sentiasa bimbang tentang kamera laptop yang 'mengintai' mereka.

Kamera Magnetik: Lebih daripada sekadar privasi



Bukan setakat untuk lindungi privasi, kamera magnetik pada MagicBook Art 14 ni memang ‘game-changer’. Dulu ada laptop yang cuba sembunyikan kamera dalam papan kekunci, tapi sudut tangkapan jadi pelik. Dengan kamera magnetik ini, selain fleksibel untuk ditanggalkan, ia boleh juga diputar 180 darjah. Bolehlah digunakan untuk mesyuarat, wawancara atau perbualan bersemuka tanpa sebarang masalah sudut kamera.

Ditambah pula dengan teknologi AI, kamera ini ada ciri-ciri canggih macam penjejakan orang, latar belakang kabur dan sokongan hubungan mata. Rasa macam ada jurugambar peribadi bila guna kamera ini!

HONOR MagicBook Art 14: Visual memukau dan prestasi hebat



Tak cukup dengan kamera hebat, MagicBook Art 14 juga hadir dengan skrin OLED 14.6 inci yang hampir tiada bezel. Dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 97 peratus, pandangan anda jadi lebih luas dan mendalam—sesuai untuk hiburan atau kerja. Warna lebih hidup, visual lebih tajam dan pengalaman penggunaan jadi lebih seronok. Rekaan ini memang memanjakan mata!

Harga dan promosi tak ternilai!

Rasanya anda berminatkan nak beli HONOR MagicBook Art 14? Di Malaysia, ia berharga RM5,999 dan boleh didapati dalam warna hijau zaitun yang elegan. Dilengkapi dengan pemproses Intel® Core™ Ultra 5 125H dan kad grafik Intel® Arc™, laptop ini memang sesuai untuk gamers, pencipta kandungan dan mereka yang perlukan gajet berprestasi tinggi.

Untuk masa terhad, pembeli juga akan mendapat hadiah percuma bernilai RM1,106, termasuk beg laptop HONOR, jaminan lanjutan selama 3 tahun dan langganan Microsoft 365 percuma setahun. Jadi, apa lagi yang anda tunggu?

Dengan semua ciri yang ditawarkan, HONOR MagicBook Art 14 bukan saja melindungi privasi, malah menawarkan pengalaman yang lebih memukau dan selesa berbanding pesaingnya.