Tiada kejadian tanah mendap, hanya paip pecah - DBKL

Iklan
Keadaan di lokasi kejadian.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan berlaku tanah mendap atau lubang benam di Jalan Sultan Ismail seperti tular di media sosial.

Pada Isnin, tular video berdurasi 10 saat memaparkan keadaan jalan seakan mendap dengan pasukan bomba berada di lokasi bagi memantau keadaan.

Iklan
Iklan
Anggota BBP Hang Tuah meninjau lokasi kejadian.

Jalan menghala Jalan Raja Chulan itu ditutup kepada kenderaan menerusi pita kuning yang dipasang di lokasi kejadian.

DBKL menerusi kemas kini kepada media memaklumkan, jalan itu ditutup susulan kejadian paip pecah.

Iklan

"Paip Air Selangor pecah. Sebarang pertanyaan boleh terus rujuk ke pihak Air Selangor," katanya.

Sementara itu Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 5.04 pagi sebelum 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah ke lokasi kejadian.

Iklan
Jalan ditakungi air susulan insiden paip bawah tanah pecah.

Komander Operasi, Rozihafizam Othman berkata, pasukannya tiba ke lokasi jam 5.13 pagi mendapati terdapat kebocoran melibatkan paip bawah tanah milik Air Selangor.

"Terdapat limpahan air dan jalan raya mendap di beberapa kawasan berhampiran paip tersebut.

" Kerja-kerja pembaikan paip bocor diserahkan kepada Air Selangor untuk tindakan lanjut," katanya.