redONE Mobile lancar program kesedaran alam sekitar

Iklan
redONE Mobile melancarkan program kesedaran alam sekitar ‘Inisiatif Akar Eko’ di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) baru-baru ini.

OPERATOR rangkaian maya mudah alih terkemuka Malaysia (MVNO), redONE Mobile melancarkan program kesedaran alam sekitar ‘Inisiatif Akar Eko’ di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

redONE Mobile dalam satu kenyataan berkata, inisiatif berkenaan dilakukan untuk menekankan kepentingan pemuliharaan alam sekitar.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, aktiviti yang menitikberatkan kepentingan pemuliharaan alam sekitar berkenaan diterajui oleh Ketua Tadbir Urus Korporat dan Risiko redONE Mobile, Caren Lwee dan melibatkan seramai 40 kakitangan syarikat.

"Sebaik sahaja tiba di FRIM, peserta disambut oleh Pengerusi Ketua Cawangan Semaian Utamanya, Dr Siti Salwana Hashim yang membentangkan pengenalan FRIM dan taklimat aktiviti termasuk kaedah menghasilkan anak benih berkualiti melalui penyediaan tanah serta penanaman.

Iklan

"Pembentangan itu menekankan peranan penting yang dimainkan FRIM dalam memelihara kekayaan biodiversiti Malaysia dan kepentingan penglibatan orang ramai dalam mengekalkan usaha ini,” kata kenyataan itu baru-baru ini.

Tambah redONE Mobile, peserta kemudiannya menjalankan aktiviti 'hands-on' menanam Jambu Bol dan Rhu Bukit di tapak semaian utama.

Iklan

Jelas operator rangkaian itu lagi, Inisiatif Akar Eko bertujuan memupuk budaya kemampanan dalam organisasi dan merentasi komuniti yang lebih luas, dengan tumpuan pada penghutanan semula dan pemulihan ekosistem.

"Selain melibatkan pekerja dalam usaha pemuliharaan secara langsung, antara objektif utama program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini adalah untuk mendidik orang ramai tentang kepentingan melindungi alam sekitar.

"Dengan meningkatkan kesedaran dan berkongsi pengetahuan, redONE Mobile berusaha untuk memberi inspirasi kepada tindakan kolektif ke arah masa depan yang lebih mampan,” ujar kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile, Ameen Amaendran turut menzahirkan penghargaan kepada FRIM kerana menganjurkan acara tersebut dan menekankan kepentingan inisiatif sedemikian dalam memupuk penjagaan alam sekitar.

"Penglibatan kami dalam Inisiatif Eco-roots mempamerkan komitmen redONE Mobile untuk memupuk pengaruh positif terhadap alam sekitar.

"Kami yakin bahawa setiap tindakan kecil adalah penting dan bersama-sama usaha ini boleh membawa kepada masa depan yang lebih mesra alam dan mampan," katanya.