[VIDEO] Ahli GISBH lari tanpa arah tuju diminta tampil untuk dibantu - KPN

Iklan

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan dan menyeru ahli GlSB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang melarikan diri tanpa arah tuju dan tidak mempunyai tempat tinggal tampil kepada pihak berkuasa supaya dapat dibantu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihak polis amat prihatin terhadap ahli-ahli GISBH yang melarikan diri tanpa arah tuju serta tidak mempunyai tempat tinggal.

Iklan
Iklan
Razarudin (kanan) ketika sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada Isnin.

"Dalam hal ini, dengan berteraskan ihsan dalam Rukun Madani Kerajaan Malaysia yang cukup sinonim dengan kepedulian dan belas kasihan," katanya ketika sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini, pada Isnin.

Razarudin berkata, PDRM menasihatkan dan menyeru untuk mereka tampil kepada pihak berkuasa agar kerajaan dapat memberikan bantuan yang sewajarnya dalam pelbagai bentuk termasuk kebajikan dan sokongan psikologi.

Iklan

"Selain itu, mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta untuk tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran untuk kita melengkapkan siasatan terhadap kes ini secara tuntas dan menyeluruh.

"Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi hingga boleh mengganggu siasatan yang sedang dijalankan di mana-mana platform media sosial atau massa," katanya.

Iklan