Mazlan Aliman hadapi masalah kesihatan

Iklan
Tuan Ibrahim (kiri) berpeluang menziarah Mazlan (kanan) di kediamannya di Felda Bukit Ramun, Kulai.

KULAI - Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meluangkan masa menziarahi bekas Penasihat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Datuk Mazlan Aliman yang kini mengalami masalah kesihatan.

Menerusi hantaran di aplikasi X, Tuan Ibrahim turut berkongsi kenangan susah payah dalam perjuangan bersama Mazlan.

Iklan
Iklan

"Saya bersahabat agak lama dengan Mazlan. Beliau diuji masalah kesihatan, saya menjenguk bertanya khabar di kediaman beliau di Felda Bukit Ramun, Kulai.

"Banyak kenangan susah payah semasa dalam perjuangan bersama Mazlan. Doakan kesejahteraan buat beliau, insya-ALLAH,” katanya pada Isnin.

Mazlan Aliman (baring) mengalami masalah kesihatan.

Iklan

Mazlan yang merupakan seorang Ahli Jawatankuasa Tertinggi Parti Amanah Negara (Amanah) dilahirkan dan dibesarkan di Kulai, Johor.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12) pada Mac 2008 di Parlimen Bera, Pahang, Mazlan tewas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan majoriti 4,313 undi.

Iklan

Selain itu, beliau terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat bagi sesi 2011 hingga 2013 bersama tokoh yang lain.