Warga emas tersilap tekan pedal minyak, kereta rempuh farmasi

Iklan
Kereta dipandu seorang wanita warga emas merempuh sebuah farmasi di Jalan Lingkaran 2, Taman Sri Lambak, Kluang pada Isnin. Foto IPD Kluang

KLUANG - Tersilap tekan pedal minyak menyebabkan kereta dipandu seorang warga emas merempuh sebuah farmasi di Jalan Lingkaran 2, Taman Sri Lambak di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian pada jam 12 tengah hari itu membabitkan pemandu wanita berusia 68 tahun.

Iklan
Iklan

"Semasa mahu meletakkan kenderaan di dalam kawasan parkir, wanita terbabit telah tersalah tekan pedal minyak menyebabkan kereta jenis Inokom Atos hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam farmasi.

"Akibat kejadian itu, besi kaki lima hadapan premis patah, cermin kaca pintu hadapan kedai pecah dan mengalami kerosakan barang-barang farmasi," katanya dalam kenyataan.

Iklan
Iklan

Menurut Bahrin, pemandu wanita terbabit tidak mengalami kecederaan dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).