Lubnan: 100 maut, 400 cedera akibat serangan udara Israel

Iklan
Asap berkepul-kepul dari kawasan yang menjadi sasaran serangan Israel di perkampungan Khiam, selatan Lubnan di Marjeyoun. Foto AFP

BEIRUT - Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan bahawa 100 rakyat Lubnan terbunuh dan lebih daripada 400 lagi cedera akibat serangan intensif yang dilancarkan oleh tentera Israel ke atas kawasan yang luas di negara ini.

Antara yang terkorban dan cedera adalah kanak-kanak, wanita, dan petugas paramedik, lapor agensi berita Palestin (WAFA) pada Isnin.

Iklan
Iklan

Serangan bom Israel juga menyebabkan sejumlah kediaman dan kemudahan musnah, serta beberapa kenderaan terbakar, katanya. - Bernama/Wafa

Iklan
Iklan