Helm AG pemegang saham utama Ancom Nylex

Iklan
Helm AG melanggan saham Ancom Nylex Bhd melalui penempatan persendirian sekali gus memberikan syarikat tersebut kawalan sebanyak 9.47 peratus saham pengeluar mesin pertanian.

SYARIKAT pemasaran kimia, Helm AG melanggan saham Ancom Nylex Bhd melalui penempatan persendirian sekali gus memberikan syarikat tersebut kawalan sebanyak 9.47 peratus saham pengeluar mesin pertanian.

Ketua Pegawai Eksekutif Helm AG, Stephan Schnabel berkata, kerjasama tersebut menggabungkan pelbagai perspektif, menggunakan pendekatan budaya yang berbeza untuk mengembangkan produk inovatif yang mesra alam bagi memastikan kejayaan kewangan dan kelestarian jangka panjang.

Stephan Schnabel

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerjasama tersebut mampu mencapai keuntungan yang lebih besar sambil mendorong penyelesaian yang memberi impak positif terhadap alam sekitar.

"Kita boleh katakan, kami sangat berorientasikan dan fokus pada keuntungan, tetapi bukan jangka pendek. Ia mesti pertumbuhan dan keuntungan yang benar-benar mampan dan ini adalah apa yang saya rasa yang mendorong kedua-dua syarikat.

Iklan

"Peluang ini benar-benar wujud kerana di kawasan tersebut Ancom Nylex melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh Helm,” katanya menerusi siaran langsung di platform Zoom pada Isnin.

Selain itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ancom Nylex, Datuk Lee Cheun Wei berkata, pihaknya melihat operasi berkenaan lebih rendah dan produktif untuk menghasilkan pendapatan serta keuntungan tambahan dalam tempoh dua tahun lagi.

Iklan

Ujarnya, dengan penyertaan Helm AG, ia tidak akan terhad kepada pertumbuhan organik sahaja.

"Kami mungkin melihat peluang dalam sektor pertanian dan industri di kawasan ini yang akan menghasilkan pertumbuhan di masa hadapan kerana keupayaan kertas imbangan yang digabungkan,” tambahnya.

Selain itu, Naib Pengerusi Eksekutif Ancom Nylex, Datuk Siew Ka Wei berkata, urusan perniagaan antara Ancom Nylex dan Helm dimulakan pada 2005 manakala kontrak pertama ditandatangani pada 2007.

Siew Ka Wei

Ujarnya, Ancom Nylex merupakan pelanggan pertama di ASEAN untuk industri berkenaan.

"Kerjasama ini bukan sahaja meningkatkan nilai pemegang saham tetapi memperbaiki campurannya dengan kedudukan kewangan kumpulan.

"Kami amat berbesar hari mengalu-alukan Helm AG sebagai pelabur strategik untuk jangka panjang dan rakan kongsi utama kami,” katanya.