Ketua Penyelidik My #QuranTime meninggal dunia

Iklan
Ustaz Safri Muhammad, 48, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.50 malam tadi.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ketua Penyelidik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Ustaz Safri Muhammad Zein, 48, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.50 malam tadi.

Menurut isterinya, Rusamiah Ismail, 51, Allahyarham Safri dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit gigi yang teruk dan pitam.

Iklan
Iklan

"Keadaan kesihatannya mula merosot dan mengalami batuk menyebabkan doktor mengambil keputusan untuk menidurkannya jam 5 petang tadi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Ujarnya, doktor mengesahkan jantung arwah terhenti dan pihak hospital terpaksa melakukan bantuan pernafasan (CPR) sebanyak lima kali sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Iklan

Difahamkan, Allahyarham yang berasal dari Medan, Indonesia turut meninggalkan tiga orang anak berusia 15 hingga 20 tahun.

Beliau sebelum ini bertanggungjawab ke atas kajian My #QuranTime 1.0 dan 2.0 yang disiarkan di tiga stesen TV sejak tahun 2020 dan mengajar kelas bahasa Arab dan al-Quran di Kumpulan Karangkraf sejak tahun 2014.

Iklan

Pada Sabtu lalu, Allahyarham terlibat dalam program Wellness #QuranHour di Masjid Darul Ehsan, SS 15 Subang Jaya.

Sementara itu, Pengurus Kanan Tugas Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang berkata, Allahyarham mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Syariah Ulumul Quran dari Universiti Tripoli, Libya turut terlibat dengan World #QuranHour dan Malaysia #QuranHour sejak ia mula diperkenalkan.

"Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Bukit Kuda dan akan disempurnakan di Masjid Kampung Kuantan, Klang.

"Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Cemerlang pagi Selasa,” katanya