Tetamu hadir Maulidur Rasul dapat hadiah almari, kuali

Iklan
Penduduk di Madura memilih almari yang dihadiahkan seorang dermawan sempena sambutan Maulidur Rasul pada 16 September lalu. Foto Agensi

JAKARTA - Sekumpulan penduduk kampung di Madura, wilayah Jawa Timur, Indonesia menerima durian runtuh selepas seorang dermawan menghadiahkan almari dan kuali kepada tetamu yang hadir meraikan Maulidur Rasul yang disambut pada 16 September lalu.

Video yang tular dimuat naik platform Tiktok akaun @wecarbangkalanmadura menyaksikan tetamu berpusu-pusu membawa balik almari berwarna merah.

Iklan
Iklan

Di atas almari itu turut diletakkan sebiji kuali yang turut dihadiahkan oleh dermawan terbabit yang tidak dinyatakan namanya itu.

Video dikongsi itu mencatatkan lebih 5.3 juta tontonan sambil ramai netizen menyatakan kekaguman mereka mengenai sambutan Maulidur Rasul yang mana tetamu membawa pulang hadiah.

Iklan

"Masya-ALLAH kaya betul tuan rumah ini," kata seorang netizen.

"Warganya senang hati kerana dapat almari serta kuali yang tidak disangka," kata netizen yang lain. - Agensi

Iklan