Masalah orang perempuan memang rumit

Iklan
Rakaman video yang menunjukkan kaum wanita terpaksa beratur panjang di tandas. Sumber TikTok @tokkhaii

CUTI sekolah pada minggu lepas, ditambah dengan cuti Maulidur Rasul menyebabkan jalan raya penuh sesak.

Orang ramai mengambil peluang sama ada balik ke kampung halaman atau melancong bersama keluarga masing-masing.

Iklan
Iklan

Sampai ada yang beritahu suasana di atas jalan raya yang penuh sesak itu sama seperti Hari Raya Aidilfitri lalu.

Cuma yang menjadi perhatian Merak Jalanan ialah gambar tular yang menunjukkan kaum wanita terpaksa beratur panjang di tandas.

Iklan

Ia tidak menjadi masalah besar sangat kepada kaum lelaki kerana urusan mereka di tandas lebih mudah dan tidak kompleks serta rumit seperti wanita.

Kalau lelaki ambil masa dua minit untuk menyelesaikan ‘urusan’ mereka di dalam tandas, wanita pula mungkin memerlukan lebih dari itu. Ini mengakibatkan masa menunggu di tandas lebih panjang dan akhirnya berlaku kesesakan.

Iklan

Tetapi tidak mengapa kerana kebanyakan wanita dapat tidur lena dan nyenyak sepanjang perjalanan sebab yang memandu kenderaan biasanya kaum lelaki.

Merak Jalanan bagaimanapun berharap cadangan yang dikemukakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming supaya dasar membina lebih banyak tandas wanita berbanding lelaki dapat jadi kenyataan.

Kalau melibatkan kemudahan awam memang wajar pihak yang bertanggungjawab sudah mula menambah baik kemudahan yang ada.

Sementara fasiliti swasta seperti stesen-stesen minyak di kawasan luar bandar juga boleh ambil peluang menyediakan tandas-tandas bergerak yang boleh disewa pada harga RM150 sehari.

Mereka boleh mengenakan bayaran dan pengguna pun kena faham sebab menambah bilangan tandas bergerak ini merupakan satu kos tambahan.

Cuma, janganlah nanti ada mulut-mulut berbisa yang merungut tidak mahu membayar untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.