MoU uji keikhlasan pembangkang, kerajaan

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai draf MoU peruntukan kerajaan kepada ahli Parlimen pembangkang.

KERJASAMA antara pembangkang dan kerajaan untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang kukuh serta stabil bukan perkara baharu.

Ia adalah satu pendekatan yang diambil jika sesebuah negara itu mengalami kebuntuan politik sehingga tidak dapat membentuk kerajaan atau berlaku ketidakstabilan.

Iklan
Iklan

Buat pertama kali dalam sejarah di Malaysia, Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi pembangkang pernah menandatangani perjanjian dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Ribut politik yang melanda pada ketika itu bertukar menjadi tenang dengan pembangkang ketika itu berjaya dapat apa yang mereka mahu dan Ismail Sabri pula mentadbir dengan aman damai.

Iklan

Kini Perikatan Nasional (PN) pula ditawarkan perkara yang sama selepas mereka mendesak supaya Kerajaan Perpaduan memberikan peruntukan sama rata dengan ahli Parlimen kerajaan.

Walaupun pada dasarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu pun menawarkan sebarang kerjasama dengan pembangkang berdasarkan jumlah sokongan yang beliau ada di Parlimen pada ketika ini.

Iklan

Namun selepas draf perjanjian persefahaman atau MoU telah diserahkan kepada pembangkang, ia ditolak dengan alasan merugikan rakyat.

Pada ketika ini, kita tidak tahu sejauh mana kedua-dua pihak benar-benar ikhlas di antara satu sama lain, baik di pihak Kerajaan Perpaduan ataupun pembangkang.

Kita percaya isu MoU peruntukan ini akan terus dijadikan sebagai senjata bagi kedua-dua belah pihak untuk disajikan kepada penyokong masing-masing.

Bagi pihak pembangkang, mereka akan mendakwa kerajaan ini zalim kerana tidak diberikan peruntukan untuk membantu rakyat.

Di sebelah pihak kerajaan pula mengatakan keputusan pembangkang menolak MoU tersebut bertujuan untuk bermain politik.

Pada akhirnya, yang rugi adalah rakyat juga dan akhbar ini berpendapat satu jalan tengah perlu diambil untuk menyelesaikan perkara ini.

Pembangkang perlu kembali ke meja rundingan jika mereka benar-benar mahukan peruntukan tersebut, dan kerajaan pula boleh longgarkan terma dalam perjanjian.

Mungkin sekiranya masing-masing menurunkan ego mereka, kita percaya ia mampu mencipta sejarah besar untuk negara sekali lagi.