'Arwah adik sempat sedarkan saya'

Iklan
Hattan mengakui kehidupannya kini lebih sihat tanpa rokok. Foto Sinar Harian HALIM WAHID

PENYANYI terkenal, Datuk Hattan mendedahkan hatinya 'dijentik' arwah adik, Mohd Hatta Shahabudin, 46, tatkala berhasrat untuk berundur dari dunia seni.

Kongsi Hattan, beliau pada asalnya berhasrat untuk bersara, bagaimanapun teringat teguran arwah sehari sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Iklan
Iklan

"Ketika itu kami berkumpul di kampung, arwah ada bertanya benarkah saya mahu berhenti menyanyi. Sebelum ini dia tidak pernah cakap dengan saya begitu, tetapi dua hari sebelum dia meninggal dia banyak 'membebel'.

"Bila dia meninggal, adik-adik lain ingatkan saya apa yang arwah cakap. Jadi saya teruskan karier, sebab saya dengar apa dia cakap.

Iklan

"Sebelum ini dia banyak menasihatkan saya berkaitan hal perniagaan, jadi kehilangan dia besar pada saya. Sekurang-kurangnya bila saya terus menyanyi, saya boleh bantu sara anak-anak arwah," katanya.

Hattan berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Majlis Makan Malam Amal TMESA, Night Of Love & Compassion di Kumpulan Media Karangkraf pada Isnin.

Iklan

Turut hadir pada sidang media berkenaan adalah Penasihat Karangkraf yang juga Presiden Persatuan Alumni SMK Tengku Mahmud (TMESA), Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah.

Dalam pada itu, pemergian Hatta pada Syawal kelima lalu turut membuatkan Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 59, nekad untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

"Sebelum ini saya merokok tetapi arwah lebih kuat merokok. Jadi selepas dia meninggal, saya terus berhenti merokok dan amalkan gaya hidup yang lebih sihat.

"Ini usaha saya untuk menjaga kesihatan tetapi kalau ALLAH sudah tentukan nyawa kita di ambil, siapa kita untuk menghalang.

"Alhamdulillah saya rasa kesihatan saya lebih baik selepas berhenti merokok dan tidak ada kesan sampingan seperti yang diperkatakan buat mereka yang mahu berhenti merokok," jelasnya.