100 rumah rosak dihentam angin kuat

Iklan
Arul Kumar meninjau kerosakan bumbung yang berlaku di rumah penduduk akibat diterbangkan angin kuat dalam kejadian petang Isnin.

NILAI - Sekurang-kurangnya 100 rumah di sekitar Mantin di sini mengalami kerosakan pada bahagian bumbung susulan hujan lebat berserta angin kuat petang Isnin.

Kejadian kira-kira jam 5 petang itu turut menyebabkan lebih 20 kejadian pokok tumbang dilaporkan, namun tiada kemalangan jiwa berlaku.

Iklan
Iklan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J Arul Kumar berkata, kejadian berkenaan melibatkan beberapa taman perumahan antaranya Taman Sri Damar, Taman Desa Mantin, Kampung Baru Mantin, Taman Andalas dan Pekan Mantin.

Lebih 20 kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku dalam kejadian hujan lebat berserta angin kuat pada petang Isnin.

"Kawasan paling banyak terjejas adalah Taman Desa Mantin, ada lebih 50 buah rumah yang rosak.

Iklan

"Tapi kita bersyukur tiada yang dilaporkan cedera, cuma ada sebuah kereta yang rosak terkena pokok tumbang," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Menurut Arul, pihaknya telah mengarahkan kerja-kerja pembaikan segera dilakukan kepada rumah penduduk yang terlibat.

Iklan
Arul Kumar melihat bahagian bumbung rumah penduduk yang diterbangkan angin kuat dalam kejadian petang Isnin.

Ujarnya, sebanyak lima kontraktor dilantik untuk melakukan kerja-kerja tersebut dan ia membabitkan peruntukan daripada pejabat ADUN Nilai dan Ahli Parlimen Seremban.

"Kita akan cuba siapkan kerja-kerja pembaikan bumbung ini hari ini juga kerana kita tak boleh tunggu, lebih-lebih lagi keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang.

"Saya dapati ada rumah yang separuh daripada bumbungnya telah diterbangkan angin dan seingat saya ini kejadian paling teruk berlaku dalam tempoh 15 tahun ini," katanya.