TOKYO - Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami, dengan ombak tsunami setinggi satu meter dijangka tiba di Kepulauan Izu dan Ogasawara sekitar 9 pagi waktu tempatan.
Amaran dikeluarkan bagi menggesa penduduk menjauhi kawasan pantai selepas gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda kepulauan Jepun pada pagi Selasa, lapor Xinhua.