Jangan kurung anak autisme: Zarina Zainuddin

Iklan
Zarina menyampaikan hujah pada Wacana Sinar ke-154: Kanak-kanak Masalah Spektrum Autistik (ASD): Cabaran Dan Masa Depan yang berlangsung di Dewan WUI, Bangunan Sinar Harian hari ini. - FOTO ROSLI TALIB

SHAH ALAM - Selebriti Zarina Zainuddin menyarankan ibu bapa yang mempunyai anak autisme supaya memberi pendedahan kepada dunia luar dan tidak sesekali mengurung mereka.

Menurutnya, walaupun sukar, ia sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengatasi masalah yang dihadapi anak autisme.

Iklan
Iklan

"Selain itu ibu bapa juga perlu kuat semangat, jangan biarkan anak autisme terkurung seorang diri di rumah kerana mereka juga berhak mendapat pendedahan di luar sebagaimana anak-anak yang lain.

"Kita perlu beri peluang kepada mereka untuk merasai keseronokan dengan cara mereka sendiri,” katanya ketika berkongsi pengalaman selaku panelis pada Wacana Sinar ke-154: Kanak-kanak Masalah Spektrum Autistik (ASD): Cabaran Dan Masa Depan yang berlangsung di Dewan WUI, Bangunan Sinar Harian di sini hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut, ibu kepada pasangan kembar autisme, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai itu berkata, penglibatan semua ahli keluarga juga turut memainkan peranan penting bagi memastikan mereka tidak berasa terpinggir dengan kekurangan yang dimiliki.

"Sebab kadang-kadang tugas ini hanya dilepaskan kepada ibu bapa sahaja manakala adik-beradik yang lain hanya lepas tangan.

Iklan

"Jadi kita kena sentiasa tolong-menolong supaya apa jua masalah dapat dikongsi dan ditangani bersama,” katanya.

Zarina berkata, sokongan moral daripada ahli keluarga sangat penting sekali gus membuatkan anak-anak autisme rasa dihargai dalam keluarga dan tidak dipinggirkan.