IPGM pamer kesungguhan martabat pendidikan negara

Iklan
Timbalan Rektor Kanan, Pusat Kecemerlangan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Anis Alisya Abdullah mendengar penerangan inovasi teknologi robotik yang dihasilkan IPG Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan ketika meninjau ruang pameran disediakan.

IPOH - Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) mempamerkan komitmen tinggi dalam usaha memperkasa pendidikan negara melalui pembentukan diri pendidik yang unggul dan berkualiti.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perkara itu dibuktikan menerusi penganjuran program yang menggalakkan perkongsian ilmu dalam pelbagai bentuk dan melalui mekanisme berbeza-beza.

Iklan
Iklan

Menurutnya, usaha sedemikian tidak hanya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, bahkan mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan dan masyarakat.

"Tahniah juga kepada IPGM atas kejayaan mengekalkan hubungan strategik dengan Yayasan Guru Tun Hussein Onn, Yayasan Didik Negara, dan Paynet Sdn Bhd.

Iklan
Bacaan ikrar oleh peserta Persidangan Antarabangsa Minda Inovasi Dinamik (i-MInD) 2024.

"Hubungan ini amat penting untuk memperkukuh kerjasama dan sinergi dalam usaha memajukan pendidikan negara.

"Kejayaan ini menggambarkan kesungguhan IPGM dalam memastikan kecemerlangan dalam sektor pendidikan," katanya sempena Persidangan Antarabangsa Minda Inovasi Dinamik (i-MInD) 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina di sini pada Isnin.

Iklan

Teks ucapan beliau dibacakan Rektor IPGM, Dr Mohd Azam Ahmad.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari sehingga Rabu itu menghimpunkan lebih 700 peserta dari IPG seluruh negara, universiti awam dan swasta serta penyertaan universiti Indonesia.

Fadhlina berkata, penganjuran i-MInD 2024 memperlihatkan kejayaan IPGM melahirkan warga pendidik yang berdaya saing khususnya dalam ilmu dan kemahiran digital yang relevan.

Reruai Universiti Pendidikan Indonesia yang memperkenalkan Edukit Multiliterasi antara yang menarik perhatian peserta dan pengunjung.

Katanya, usaha itu juga adalah sejajar dengan hasrat tujuh Teras Nadi Keunggulan Kementerian Pendidikan (KPM) terutamanya dalam era digital yang semakin moden.

"Tahniah semua kerana telah berjaya menganjurkan satu program intelektual peringkat antarabangsa.

"Ini juga langkah kita dalam mempersiapkan diri menghadapi cabaran globalisasi," katanya.