LEGENDA Arsenal, Ian Wright menggelar Erling Haaland sebagai pengecut selepas penyerang Manchester City itu membaling bola ke arah pertahanan Gunners, Gabriel Magalhaes ketika kedua-dua pasukan melakar keputusan seri 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad.
Haaland membaling bola dari belakang ke arah kepala Gabriel selepas pemain City, John Stones menjaringkan gol dalam masa tambahan yang menyelamatkan penyandang juara daripada kekalahan pertama liga ketika berdepan Arsenal yang beraksi 10 pemain.
Haaland bertekak dengan Gabriel di Etihad. Foto:Agensi