Gempa bumi kuat landa Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Iklan
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 pada skala Richter landa Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 3:51 pagi tadi. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 pada skala Richter telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 3:51 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak 0.1° Selatan dan 122.9° Timur dengan kedalaman 144 km iaitu 75km Selatan dari Gorontalo, Indonesia.

Iklan
Iklan

"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi laman web jabatan berkenaan. - Bernama

Iklan
Iklan